Diri ku


Innama a'malu bin niat

kata seorang insan yang berilmu “Kalau ikutkan mazhab Syafie’, semua muslimah diwajibkan memakai purdah.” Aku merasakan itu terlalu berat. Katanya lagi “Kita memakai syarat yang paling ringan. Sekadar berjilbab. Syaratnya, mesti labuh sehingga poket di sisi.” Aku hanya mendengar. Hati mula bicara. Aku bertudung tapi tidak sempurna. Redha Allah mungkin tidak pada aku. Aku ditarbiah. Banyak kali oleh saudara ku & beberapa orang rakan ku,Tapi masih memberi alasan demi alasan. Namun jauh di sudut hati aku ingin berubah. Mungkin bukan sekarang.
Ayahanda ku yang tercinta kata “Apabila hidayah datang, terus dakap erat-erat. Jangan lepas! Terus buat perubahan. Mungkin ia tidak akan datang lagi.” Ternyata semua alasan-alasan ini bukan penghalang aku untuk berubah. Sungguh!
Apa kau malu bila kecantikanmu berkurang kerana memakai jilbab labuh panjang?
Jilbab labuh menghalang aktiviti seharian? Kau merasa dirimu masih terlalu muda untuk mengenakan jilbab dgn lebih sempurna? Pakai jilbab panas, aku tidak sanggup memakainya. Mengenakan jilbab sesudah ada lelaki yang meminang???
Takut melepas jilbab setelah memakainya? Semua itu bukan alasan. Cuma tiga benda sahaja yang bermain di minda. Apakah pandangan org ramai terhadap perubahan ku? Adakah aku akan hilang kawan-kawan rapat? Adakah aku akan istiqomah? Sesungguhnya aku manusia lemah. Sikit atau banyak, tetap memikirkan apa kata orang sekeliling? apa kata kawan-kawan? aku ingin istiqomah. Sukarnya untuk berubah. Berubah kerana Allah, Tuhan yang mencipta aku. Payahkah untuk berkorban kepada Khaliqmu? Berkorban demi keredhaan Allah. mungkin orang menyalah ertikan perubahan ku, mungkin ada yang berkata "mesti dia buat kerana seseorang", mesti kerana itu, kerana ini, Aku mungkin hilang sahabat. Hilang segala-galanya. Namun janji Allah tetap di sana. Meraih redha untuk ke syurga.


Moga Redha & Keberkatan MU sentiasa mengiringiku...










Zaujah ku…
…Dan wanita yang indah itu
hanya pada menjaga auratnya
kadang dia rimas…
tapi itulah akidahnya
kadang hanya dia…
tapi itulah keteguhan Iman nya
akhlak nya itulah nur iman wajah nya
ketawa bukanlah pilihan buatnya
hanya senyum manis yang terukir
zahirkan betapa indahnya jiwanya
…Dan bila sudah terdetik waktu
akan gusarlah dia, kerana dalam dirinya
hanya solat lah tempat nya bersimpuh
walaupun sehari kadang di isi dengan tangisan
sedangkan  itulah penyejuk jiwanya
yang kenang dosa-dosa semalam
yang risau mana pintu-pintu syurga nya
kerana dia tahu rupa paras harta pangkat
bukanlah taruhan tuju ke syurga
sedangkan takwah penunjuk arah…
Adilah bakal zaujah ku…


Ikhlas daripada:
Habib An-Najjar @ Da’eilallah
28 okt 2009M/09zul’q1430H
4.02am

Laungan Zikir


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com